Aku banyak mendengar kisah-kisah tentang langsuyar, langsuir atau pontianak. Ada macam-macam versi tentang makhluk yang satu ini. Kalau mengikut pengamal ilmu mistik, makhluk ini adalah satu makhluk bangsa jin yang kerjanya memang mengggangu anak cucu manusia. Mereka ini menjelma dalam bentuk huduh, ada yang berkata berambut panjang mencecah tumit, berbaju labuh dan suka terbang. Langsuir juga dikatakan berkuku panjang. Ada yang berkata langsuir di dalam hutan suka mengacau manusia dan kalau nasib tak baik akan dimakan oleh langsuir. Rasulullah juga berkata di dalam hadis ada satu kelompok dari bangsa jin yang suka memakan daging manusia dan mereka-mereka ini tinggal jauh di dalam hutan tebal dan suka menghuni kawasan lembah.
Aku mempunyai pengalaman ku sendiri dengan makhluk ini, di mana aku telah dikacau oleh satu kuasa ghaib yang aku sendiri tak nampak kelibatnya.
Kisah aku berlaku ketika aku masih lagi menuntut di satu pusat pengajian tinggi tempatan. Salah satu keperluan kursus yang aku ikuti memerlukan pelajar membuat kerja lapangan (praktikal) di tempat-tempat yang ditentukan. Aku telah ditempatkan di satu jabatan kerajaan negeri Selangor di dalam bahagian pelancongan. Suatu hari aku di tugaskan oleh penyelia aku untuk membuat kajiselidik tentang tempat-tempat tarikan pelancong di negeri Selangor. Ada banyak tempat yang aku dan teman ku pergi untk membuat kajian. Kami hanya berdua. Dalam membuat kajiselidik tersebut kami tidak menginap di mana-mana. Habis kerja kami balik semula ke kampus. Tetapi pada suatu hari kami diminta pergi ke Morib.
Kami sampai di Morib waktu petang. Kami terus menuju ke rumah rehat di tepi pantai. Oleh kerana kami membuat tugasan untuk kerajaan negeri, kami dapat penginapan percuma di rumah rehat tersebut. Rumah rehat tersebut agak jauh dari rumah-rumah kampung yang berdekatan. Jarak 50 meter dari tempat kami menginap ada sebuah rumah rehat kepunyaan sebuah syarikat. Lebih kurang 250 meter dari rumah rehat kami di sebelah selatan pantai Morib ada istana rehat Sultan Selangor. Kedua-dua bangunan ini jarang berpenghuni. Kebetulan hari itu Jumaat. Tidak ramai pengunjung petang itu.
Di belakang rumah rehat kami ada sebuah zoo mini yang di huni seekor harimau belang, seekor helang dan beberapa jenis burung dan binatang. Helang tersebut di letak di dalam pondok yang di tutup dengan jaring. Rumah rehat tersebut dipagari oleh pagar dawai yang tinggi, lebih dari 8 kaki. Setiap bilik seperti sebuah rumah kecil yang disambungkan dengan ruang berbumbung yang berdinding papan. Stail rumah lewat tahun 50an. Setiap bilik mempunyai bilik air. Ada 10 buah bilik yang tidak berkongsi dinding dengan bahagian utama. Tiga bahagian yang menghadap utara, selatan dan barat. Bahagian timur bangunan menghadap zoo mini. Ada satu pintu di bahagian barat yang menghadap pantai. Pantai lebih kurang 20 meter dari bilik aku menginap.
Lebih kurang jam 6 petang penjaga rumah rehat tersebut, seorang lelaki Melayu pertengahan umur, muncul. Dia tinggal di kampung berdekatan kira-kira 1 batu dari Pantai Morib. Rumah kampung yang paling hampir terletak lebih kurang 300 meter dari rumah rehat di sisi jalan besar menuju ke rumah rehat.
Aku dan Acis, berlegar-legar di ruang tamu rumah rehat. Kami menikmati makan malam yang disediakan penjaga rumah. Tak lama kemudian, waktu maghrib, masuk seorang lelaki Melayu dan bertanya jika ada bilik kosong. Penjaga memberitahu yang dia boleh tinggal di bilik bersebelahan bilik kami. Aku merasa lega ada orang lain yang akan tinggal bersama kami di situ, kawasan tersebut sunyi. Tak ramai ada orang yang tinggal berdekatan. Di ruang tamu ada telefon awam. Entah kenapa Acis terasa ingin menalipon ayahnya. Selesai dia menalipon, dia beritahu aku yang dia terpaksa balik ke Shah Alam sebab ayahnya nak pakai kereta keesokan harinya. Kereta yang lagi satu kena hantar bengkel. !!!! Aku terdiam seketika. Acis kata jangan bimbang, dia akan datang balik keesokan harinya. Jangan bimbang?? Aku tak ada pilihan. Keluarga punya pasal. Takpe, at least aku ada teman. Penjaga rumah rehat dan lelaki seorang lagi. Selepas Acis berangkat pulang, aku berborak dengan lelaki dari Kelang dan penjaga rumah rehat. Lebih kurang jam 10 malam, lelaki dari Kelang menalipon rumahnya. Dia mendapat berita kecemasan. Salah seorang anaknya sakit dan memerlukan perhatiannya. Dia memutuskan untuk pulang ke Kelang dan melupakan hasratnya menginap di situ. Selepas dia pulang aku tinggal berdua dengan lelaki penjaga rumah rehat. Tiba-tiba dia berkata yang dia terpaksa pulang ke rumahnya. Dia hendak balik sebelum jam 12. Dia beritahu yang dia akan menutup pintu pagar dan menguncinya untuk keselamatan.
Aku terpinga-pinga. Aku tak percaya kata-kata yang aku dengar. Aku menyedari yang aku akan tinggal keseorangan di rumah rehat malam itu. Hah. Rumah yang berdekatan dalam jarak 300 meter. Kalau aku menjerit sekuat hati pun takde orang dengar. Hahaha.(I got screwed by Mr Murphy, with his unexplainable Law). Aku teguhkan hati dan menelan perasaan bimbang ku. Aku terfikir apa nak buat, tinggal sorang. Aku terfikir Acis ada tinggalkan radio kecil dia dalam bilik. Kemudian aku ada bawa buku. Orait. Boleh lapangkan masa sebelum tidur. Satu rancangan yang baik. Hahaha. And so I thought..
Selapas penjaga rumah rehat pulang, aku masuk ke bilik. Aku memainkan kaset. Suara nyanyian memenuhi ruang bilik. Aku mencapai buku dan membaca. Bunyi ombak menghempas benteng simen di tepi pantai jelas kedengaran. Lebih kurang jam 2 pagi aku rasa mengantuk. Tetapi ku biarkan lampu bilik air terpasang. Radio ku tutupkan. Hanya bunyi desiran ombak dan limbasan dahan-dahan pokok rhu di luar pagar yang kedengaran. Bunyi ”huuuu” yang berpanjangan. Angin kuat menimbulkan bunyi berbagai-bagai. Tapi aku tak ada terasa takut. Aku tak terfikir yang bukan-bukan.
Aku hanya dapat melelapkan mata selama 15 minit. Aku terjaga. Ada kedengaran suara seperti orang menjerit yang panjang di belakang bangunan. Aku terfikir mungkin suara burung helang di mini zoo yang ku dengar tadi. Tapi waktu dah lewat pagi. Apa yang dijeritkannya. Aku tak menghiraukan sangat suara itu, aku fikir burung helang tu mungkin lapar atau memang tabiat dia menjerit di waktu-waktu selepas tengah malam. Aku kembali melelapkan mata.
Tak sampai seminit kepala aku atas bantal, suara itu kedengaran lagi. Tetapi kali ini suara itu bukan lagi kedengaran di belakang bangunan tetapi di atas bangunan. Di samping bunyi ombak, angin dan dahan-dahan bergeser suara itu jelas kedengaran. Ianya seperti berlegar-legar di atas bumbung rumah rehat, tepatnya di atas bumbung bilik ku. Suara itu makin jelas kedengaran sepeti melayang-layang di atas bumbung bilik. Suara yang menjerit berterusan.
Tiba-tiba seperti ada sesuatu yang menggaru dinding bilik menghadap selatan, dinding sebelah katil. Aku terasa semacam. Aku cuba berfikir. Setahu aku pintu pagar sudah di tutup dan tak mungkin ada binatang atau manusia boleh masuk ke kawasan rumah rehat. Bunyi di dinding seperti ada binatang yang mencakar dinding dengan kuku. Aku amati betul-betul bunyi tersebut. Aku masih terfikir mungkin dahan-dahan pokok rhu di depan bilik yang menyentuh dinding. Tapi, tak ada pokok rhu di dalam kawasan rumah rehat dan dahan rhu pendek. Aku masih lagi tidak rasa panik.
Tiba-tiba lampu bilik air menjadi malap. Seperti ada yang menggoyangkan mentol lampu. Aku terpaku memandang lampu. Kejap ada kejap takde. Aku harapkan itu hanya sebab angin kuat yang bertiup. Mata ku tak lepas dari merenung ke arah lampu. Sambil itu, cakaran didinding makin rancak. Seperti ada orang di luar yang menggaru dinding. Aku perhatikan tingkap bertutup rapat. Lega. Tiba-tiba lampu bilik air terus malap. Seluruh bilik gelap.. Cahaya lampu dari luar pun malap. Cakaran di dinding makin kuat. Angin di luar pula seperti menggila. Bunyi ”huuuuu” semakin kuat. Aku cuba mengawal perasaan ku.
Kemudian aku teringat pesanan ayah ku apabila menghadapi keadaan cemas. Laungkan azan. Tanpa berlengah lagi aku melaungkan azan antara dengar dan tidak. Masa itu perasaan ku bercelaru. Aku dapat rasa bulu tengkuk ku meremang dan darah ku menyirap. Aku teruskan laungan azan sambil memerhati mentol lampu. Setelah selesai azan, lampu bilik air kembali terang dan menerangi bilik. Bunyi cakaran pun berhenti. Angin pun tidak bertiup kencang lagi. Suara nyaring tidak kedengaran lagi. Segalanya senyap. Hening seketika. 10 minit aku terbaring sambil mata ku masih merenung lampu. Aku mahu pastikan lampu tidak padam lagi.
Angin sudah reda seperti ada kuasa yang menenangkannya. Aku bangun memetik suis lampu bilik. Bilik ku terang benderang. Aku bangun ke arah bilik air untuk memeriksa keadaan mentol lampu. Nampak ok. Tak ada wayar yang tertanggal. Hmm. Seketika kemudian aku mendengar bunyi enjin kereta meghala ke arah pantai. Kedengaran seperti suara bercakap di dalam radio. Aku membuka sedikit kaca tingkap untuk melihat ke luar.Aku perhati ada kereta peronda polis lalu membuat rondaan. Aku lega bila mendengar bunyi enjin kereta. Sekurang-kurangnya ada manusia yang berdekatan. Lebih kurang jam 4 pagi aku dapat melelapkan mata dan tidur nyenyak.
Pukul 9 pagi sudah ada pengunjung di pantai. Aku membuka pintu bilik dan keluar ke arah dinding bilik. Aku perhatikan tak ada kesan-kesan cakaran di dinding. Aku perhatikan pokok rhu di depan bilik. Mustahil dahan pokok rhu boleh mencapai dinding, ia perlu rebah untuk cecah dinding bilik. Aku terfikir apakah bendanya yang terjadi malam tadi. Segala persoalan itu masih tak terjawab. Di antara deruan angin, bunyi dahan bergeser, hempasan ombak dan bunyi nyaring itu, aku terperangkap di dalam satu keadaan yang cemas. Aku terfikir apa akan terjadi kalau aku tidak melaungkan azan. Mungkinkah aku jatuh pengsan atau kemungkinan besar aku terus tidur tanpa mempedulikan bilik yang gelap dan berbagai-bagai bunyi pelik di luar bilik?
Nota : Ini kisah benar yang terjadi kat aku pada lewat 80an ketika menuntut di ITM. Nama telah di ubah untuk melindungi mereka-mereka yang terlibat dari gangguan seterusnya. Hehehe. Mike

No comments:
Post a Comment