Aku telah mengalami beberapa pengalaman menarik dan membuka mata bila berjumpa seorang pengamal ilmu mistik bernama Mito dari Medan, Indonesia. Kawan ku, Z, memperkenalkan Mito kepada ku. Sepupu Z, Jat yang mula-mula berkenalan dengan Mito. Dia telah mengalami gangguan ghaib dan telah diperkenalkan dengan Mito yang mempunyai kebolehan melihat dan berhubung dengan alam ghaib. Apa yang terjadi kepada Jat ialah dia merasakan seperti ada kuasa ghaib jahat yang mengganggu rumah keluarganya. Setelah ditilik oleh Mito, dia mendapati bahawa ada sekumpulan jin seramai 5 orang yang sentiasa bertenggek di atas bumbung rumah ibubapanya. Mito telah menggunakan kebolehannya untuk memerangkap jin-jin tersebut dan mencampakkan mereka ke dalam laut.
Jat juga telah meminta bantuan Mito untuk menilik rumah keluarga Z. Di dapati rumah ibubapa Z lagi parah. Ada 9 jin yang sentiasa berlegar-legar di atas bumbung rumah keluarga Z. Z meminta bantuan Mito untuk meghalau jin-jin tersebut. Perkara yang sama juga di lakukan oleh Mito kepada jin-jin tersebut iaitu memerangkap mereka dan mencampakkan mereka ke laut. Macamana cara tu aku kurang pasti. Selepas tu Z cakap ada perubahan di rumah keluarganya dan rumah yang didudukinya di Shah Alam selepas upacara pen”nyah”an jin-jin.
Pada satu malam Z telah menjemput aku ke rumahnya untuk melihat upacara berubat dengan Mito. Aku sampai setengah jam sebelum Jat dan Mito sampai. Z bertanya adakah aku berminat nak berubat secara ghaib. Hmmm. Menarik tu. Aku setuju. Aku tanya apa syarat-syaratnya. Z kata tak payah bimbang pasal tu sebab Jat dah sediakan semua keperluan untuk berubat. Aku tanya apa dia sakit yang Z nak Mito ubatkan. Z kata dia nak mintak Mito tilik sakit kepala dia. Dia ada penyakit darah tinggi.
Mito ni seorang yang tenang dan senang di bawa berbual. Macam-macam aku tanya. Aku tanya dia pasal orang bunian, pasal jin.
Info dari Mito mengenai asal usul orang bunian :
Orang bunian asalnya adalah manusia biasa. Di setiap negara yang berlainan bangsa, ada manusia bunian tempatan. Ada bunian Afrika, bunian China, bunian Arab, bunian Melayu dan berbagai-bagai bangsa. Mereka ini adalah bangsa manusia yang menjadi tentera kepada Nabi Allah Sulaiman. Ketika zaman Nabi Sulaiman, bangsa manusia adalah bangsa yang lebih pintar, cerdik dan berilmu dari bangsa jin. Kerajaan Nabi Sulaiman terlalu besar, merangkumi seluruh dunia. Tentera baginda ada di merata pelusuk dunia, termasuk di Kepulauan Melayu. Nabi Sulaiman menjelajah dunia dengan menaiki permaidani terbang. Ya. Memang ada permaidani terbang, Allah kurniakan Nabi Sulaiman kuasa memerintah angin. Seluruh bala tentera baginda, mencapai ratusan ribu jiwa pada satu-satu masa, termasuk golongan jin, ditempatkan di atas permaidani ini dan kemudian Nabi Sulaiman akan memerintahkan angin untuk membawa permaidani ini ke serata dunia. Baginda mencapai jarak yang memakan masa sebulan untuk sampai hanya di dalam masa satu hari. Hanya ada 3 orang pemerintah yang Allah beri kekuasaan menakluk dunia – Nabi Sulaiman, Dzulkarnain dan yang akan datang, Imam Mahdi.
Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, bala tentera baginda memohon kepada Allah supaya Allah memberikan mereka satu alam lain. Allah menjadikan mereka manusia yang ghaib dari pandangan manusia biasa. Dan mereka hidup di alam mereka sendiri. Mereka ada kota, kampung dan segala keperluan hidup sebagai manusia biasa. Orang bunian Melayu memakan makanan yang sama seperti orang Melayu. Di pasar-pasar mereka ada jual sayur, ikan masin , ulam dan segala makanan citarasa orang Melayu. Kota-kota mereka besar-besar belaka dan cantik. Mengikut Mito, mereka ini bukan bangsa jin. Tubuh mereka tinggi. Mencapai ketinggian tiang lampu jalan. Dan mereka ini mempunyai raja-raja mereka sendiri. Dan Mito pernah bertarung dengan ketua segala Raja Orang Bunian yang tinggal di Tanah Melayu.. Mito kata dia menghabiskan 2 minggu untuk mengalahkan raja bunian tersebut. Itu adalah antara pertarungan yang paling sukar sepanjang dia belajar ilmu mistik. Aku tanya bagaimana raja bunian bergerak dari tempat ke tempat. Mito kata raja bunian memiliki sebuah kereta kuda yang ketinggiannya juga mencapai tiang lampu. Mesti kuda-kuda pun besar kataku. Memang, kata Mito. Kuda-kuda itu berwarna putih dan besar dan tinggi. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana rupa kuda-kuda tersebut. Mungkin setinggi gajah Afrika dewasa.
Apabila masa sampai untuk rawatan, selepas tengah malam, Mito meminta Z berbaring di atas tikar. Jat pun mengeluarkan daun teratai. Tidak ada alatan lain yang di gunakan. Z berbaring dengan memakai kain. Jat meletakkan daun teratai di atas perut Z. Kemudian Mito memejamkan mata. Semua orang diam. Aku memerhati Mito. Dia bersila sambil matanya tertutup rapat. Dia semacam berhubung dengan suatu kuasa lain. Kemudian dia membuka mata. Dia kata raja bunian dah datang. Aku terasa seperti ada seseorang lain di antara kami. Aku tanya Mito di mana kereta kuda raja bunian. Mito kata ada di depan rumah, di depan pintu pagar. Mito menyuruh kami diam sebab raja bunian hendak memulakan rawatan. Aku tengok Z tidak bergerak-gerak. Dia boleh bercakap. Mito memberitahu bahawa raja bunian boleh melihat penyakit di dalam badan seseorang seperti x ray. Lama juga Z di rawat. Mito di beritahu raja bunian bahawa darah Z ada tersumbat di satu bahagian. Raja bunian akan membetulkan perjalanan darah Z supaya sihat kembali. Raja bunian juga memberitahu bahawa paru-paru Z penuh dengan tar atau tompok-tompok hitam. Dia kan membersihkan paru-paru Z dari kekotoran tersebut. Z memang kuat merokok sebelum dia berhenti. Apabila selesai rawatan, Z memberitahu badan dia ringan sedikit. Aku tanya bagaimana rasa. Dia kata, aku kena rasa sendiri.
Tiba giliran aku. Aku menanggalkan baju di badan. Aku berbaring di atas tikar. Aku memejamkan mata. Tiba-tiba aku rasa satu rasa sejuk di perut ku di mana daun teratai berada. Seperti ada satu kuasa yang halus memasuki badan ku, tetapi tidak menyakitkan. Mito memberitahu ku bahawa raja bunian kata paru-paru ku hitam. Hmmm. Banyak sangat merokok. Aku tanya ada sakit lain ke. Mito kata tidak ada sakit serius, hanya resdung aku dan paru-paru perlu dibersihkan. Selepas 20 minit, rawatan selesai. Aku rasa semacam paru-paru aku ringan, kepala aku pun rasa ringan. Kemudian Mito menutup matanya dan berhubung dengan raja bunian. Akibat dari kekalahan kepada Mito, raja bunian tidak boleh engkar setiap kali Mito memanggilnya. Atau Mito akan memancungnya. Mito kata raja bunian dah beredar. Aku tanya bermacam-macam soalan dari Mito. Banyak yang diceritakan tidak di ketahui oleh kebanyakan orang. Mungkin di lain kali aku kan ceritakan.

No comments:
Post a Comment