Monday, April 21, 2008
YouTube | Ghost Crying : Original Colour Footage
Ghost crying. Color. Image of someone or somehing that can make you scream while watching. Do not watch this alone at night time.
YouTube link :
Ghost crying : Color footage
YouTube | Portugal : Ghost Caused Accident
3 friends in Portugal went for a trip to a secluded area. It was night time. On the way they picked up a lone lady beside the road who asked for a lift. The girl turned out to be something else. Watch the shocker towards the end. Don't watch this at night time when you are alone.
YouTUbe link :
Ghost On The Road
Bercakap Dengan Bunian
Aku telah mengalami beberapa pengalaman menarik dan membuka mata bila berjumpa seorang pengamal ilmu mistik bernama Mito dari Medan, Indonesia. Kawan ku, Z, memperkenalkan Mito kepada ku. Sepupu Z, Jat yang mula-mula berkenalan dengan Mito. Dia telah mengalami gangguan ghaib dan telah diperkenalkan dengan Mito yang mempunyai kebolehan melihat dan berhubung dengan alam ghaib. Apa yang terjadi kepada Jat ialah dia merasakan seperti ada kuasa ghaib jahat yang mengganggu rumah keluarganya. Setelah ditilik oleh Mito, dia mendapati bahawa ada sekumpulan jin seramai 5 orang yang sentiasa bertenggek di atas bumbung rumah ibubapanya. Mito telah menggunakan kebolehannya untuk memerangkap jin-jin tersebut dan mencampakkan mereka ke dalam laut.
Jat juga telah meminta bantuan Mito untuk menilik rumah keluarga Z. Di dapati rumah ibubapa Z lagi parah. Ada 9 jin yang sentiasa berlegar-legar di atas bumbung rumah keluarga Z. Z meminta bantuan Mito untuk meghalau jin-jin tersebut. Perkara yang sama juga di lakukan oleh Mito kepada jin-jin tersebut iaitu memerangkap mereka dan mencampakkan mereka ke laut. Macamana cara tu aku kurang pasti. Selepas tu Z cakap ada perubahan di rumah keluarganya dan rumah yang didudukinya di Shah Alam selepas upacara pen”nyah”an jin-jin.
Pada satu malam Z telah menjemput aku ke rumahnya untuk melihat upacara berubat dengan Mito. Aku sampai setengah jam sebelum Jat dan Mito sampai. Z bertanya adakah aku berminat nak berubat secara ghaib. Hmmm. Menarik tu. Aku setuju. Aku tanya apa syarat-syaratnya. Z kata tak payah bimbang pasal tu sebab Jat dah sediakan semua keperluan untuk berubat. Aku tanya apa dia sakit yang Z nak Mito ubatkan. Z kata dia nak mintak Mito tilik sakit kepala dia. Dia ada penyakit darah tinggi.
Mito ni seorang yang tenang dan senang di bawa berbual. Macam-macam aku tanya. Aku tanya dia pasal orang bunian, pasal jin.
Info dari Mito mengenai asal usul orang bunian :
Orang bunian asalnya adalah manusia biasa. Di setiap negara yang berlainan bangsa, ada manusia bunian tempatan. Ada bunian Afrika, bunian China, bunian Arab, bunian Melayu dan berbagai-bagai bangsa. Mereka ini adalah bangsa manusia yang menjadi tentera kepada Nabi Allah Sulaiman. Ketika zaman Nabi Sulaiman, bangsa manusia adalah bangsa yang lebih pintar, cerdik dan berilmu dari bangsa jin. Kerajaan Nabi Sulaiman terlalu besar, merangkumi seluruh dunia. Tentera baginda ada di merata pelusuk dunia, termasuk di Kepulauan Melayu. Nabi Sulaiman menjelajah dunia dengan menaiki permaidani terbang. Ya. Memang ada permaidani terbang, Allah kurniakan Nabi Sulaiman kuasa memerintah angin. Seluruh bala tentera baginda, mencapai ratusan ribu jiwa pada satu-satu masa, termasuk golongan jin, ditempatkan di atas permaidani ini dan kemudian Nabi Sulaiman akan memerintahkan angin untuk membawa permaidani ini ke serata dunia. Baginda mencapai jarak yang memakan masa sebulan untuk sampai hanya di dalam masa satu hari. Hanya ada 3 orang pemerintah yang Allah beri kekuasaan menakluk dunia – Nabi Sulaiman, Dzulkarnain dan yang akan datang, Imam Mahdi.
Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, bala tentera baginda memohon kepada Allah supaya Allah memberikan mereka satu alam lain. Allah menjadikan mereka manusia yang ghaib dari pandangan manusia biasa. Dan mereka hidup di alam mereka sendiri. Mereka ada kota, kampung dan segala keperluan hidup sebagai manusia biasa. Orang bunian Melayu memakan makanan yang sama seperti orang Melayu. Di pasar-pasar mereka ada jual sayur, ikan masin , ulam dan segala makanan citarasa orang Melayu. Kota-kota mereka besar-besar belaka dan cantik. Mengikut Mito, mereka ini bukan bangsa jin. Tubuh mereka tinggi. Mencapai ketinggian tiang lampu jalan. Dan mereka ini mempunyai raja-raja mereka sendiri. Dan Mito pernah bertarung dengan ketua segala Raja Orang Bunian yang tinggal di Tanah Melayu.. Mito kata dia menghabiskan 2 minggu untuk mengalahkan raja bunian tersebut. Itu adalah antara pertarungan yang paling sukar sepanjang dia belajar ilmu mistik. Aku tanya bagaimana raja bunian bergerak dari tempat ke tempat. Mito kata raja bunian memiliki sebuah kereta kuda yang ketinggiannya juga mencapai tiang lampu. Mesti kuda-kuda pun besar kataku. Memang, kata Mito. Kuda-kuda itu berwarna putih dan besar dan tinggi. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana rupa kuda-kuda tersebut. Mungkin setinggi gajah Afrika dewasa.
Apabila masa sampai untuk rawatan, selepas tengah malam, Mito meminta Z berbaring di atas tikar. Jat pun mengeluarkan daun teratai. Tidak ada alatan lain yang di gunakan. Z berbaring dengan memakai kain. Jat meletakkan daun teratai di atas perut Z. Kemudian Mito memejamkan mata. Semua orang diam. Aku memerhati Mito. Dia bersila sambil matanya tertutup rapat. Dia semacam berhubung dengan suatu kuasa lain. Kemudian dia membuka mata. Dia kata raja bunian dah datang. Aku terasa seperti ada seseorang lain di antara kami. Aku tanya Mito di mana kereta kuda raja bunian. Mito kata ada di depan rumah, di depan pintu pagar. Mito menyuruh kami diam sebab raja bunian hendak memulakan rawatan. Aku tengok Z tidak bergerak-gerak. Dia boleh bercakap. Mito memberitahu bahawa raja bunian boleh melihat penyakit di dalam badan seseorang seperti x ray. Lama juga Z di rawat. Mito di beritahu raja bunian bahawa darah Z ada tersumbat di satu bahagian. Raja bunian akan membetulkan perjalanan darah Z supaya sihat kembali. Raja bunian juga memberitahu bahawa paru-paru Z penuh dengan tar atau tompok-tompok hitam. Dia kan membersihkan paru-paru Z dari kekotoran tersebut. Z memang kuat merokok sebelum dia berhenti. Apabila selesai rawatan, Z memberitahu badan dia ringan sedikit. Aku tanya bagaimana rasa. Dia kata, aku kena rasa sendiri.
Tiba giliran aku. Aku menanggalkan baju di badan. Aku berbaring di atas tikar. Aku memejamkan mata. Tiba-tiba aku rasa satu rasa sejuk di perut ku di mana daun teratai berada. Seperti ada satu kuasa yang halus memasuki badan ku, tetapi tidak menyakitkan. Mito memberitahu ku bahawa raja bunian kata paru-paru ku hitam. Hmmm. Banyak sangat merokok. Aku tanya ada sakit lain ke. Mito kata tidak ada sakit serius, hanya resdung aku dan paru-paru perlu dibersihkan. Selepas 20 minit, rawatan selesai. Aku rasa semacam paru-paru aku ringan, kepala aku pun rasa ringan. Kemudian Mito menutup matanya dan berhubung dengan raja bunian. Akibat dari kekalahan kepada Mito, raja bunian tidak boleh engkar setiap kali Mito memanggilnya. Atau Mito akan memancungnya. Mito kata raja bunian dah beredar. Aku tanya bermacam-macam soalan dari Mito. Banyak yang diceritakan tidak di ketahui oleh kebanyakan orang. Mungkin di lain kali aku kan ceritakan.

Antara Langsuir Dan Nenek Kebayan
Setelah check out dari hotel kami bertolak ke rumah mertua ustaz yang berdekatan Kuala Kedah. Setelah kenyang dijamu dengan hasil laut, malam itu selepas jam 11 malam kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Aku menaiki satu kereta dengan Bidin bersama keluarganya. Sementara ustaz menaiki satu kereta dengan Rahim. Ustaz mengambil keputusan untuk bertolak selepas 11 malam supaya boleh sampai ke satu kawasan di lebuhraya selepas jam 2 pagi. Ada hajat yang ingin di sempurnakan di situ, katanya. Alamak, kata hatiku. 2 pagi??? No let up.
Setelah 4 jam perjalanan kami memasuki satu kawasan meletak kereta di tepi lebuhraya PLUS. Aku tak ingat nama tempat ni. Yang aku ingat kawasan ni tak ada gerai atau gas station.. Di atas bukit dari kawasan parking ada bangunan tandas. Ada seorang penjaga. Tapi kawasan parkingnya luas, 10 buah bas mungkin boleh parking kat situ. Anyway, dalam perjalanan di dalam kereta dengan ustaz, dia asyik mencabar aku untuk bertemu muka dengan hantu. I don’t have any problem with that except kalau hantu lawa mungkinlah aku tak segan silu nak bertemu muka (ceh, cakap besar) tapi kalau dia hodoh aku takut pulak dia berasa malu nak bertemu muka dengan aku (lagi sekali cakap besar).
Bila semua keluar kereta aku nampak dua orang mamat tengah baring baik punya lepak kat wakaf tepi hutan. Pukul 3 pagi. Bidin keluar membawa satu benda dalam genggaman. Rupa-rupanya dia pegang keris. Alamak. Mamat ni bawa keluar keris la pulak. Di tepi hutan bersebelahan parking area aku nampak ada sebatang lampu jalan tepi hutan. Ustaz kata kat situ le ada sebatang sungai kecil. Situlah tempat kami nak pegi. Sambil tu ustaz tak lupa nak challenge aku sekali lagi. Dia panggil aku penakut. No let up.
Kat tepi hutan, sebelah tandas, bawah tiang lampu, ada kawasan air sungai bertakung, boleh mandi. Tapi waktu menunjukkan jam 3 pagi. Antara pondok wakaf kat tepi hutan dengan tiang lampu, ada jarak lebih kurang 50 kaki. Dalam jarak 20 kaki dari tiang, ada sebatang pokok berdahan rimbun. Cahaya dari lampu kat wakaf menerangi sedikit bahagian pokok iaitu bahagian yang menghadap wakaf. Aku boleh nampak bentuk pokok dengan daun-daun yang rimbun seakan cocoon.
Oleh sebab aku tak mau dengar bebelan ustaz lagi, aku pun berjalan dahulu. Apa yang aku tau tempat yang kami tuju terletak kat bawah tiang lampu. Aku pun berjalan di depan tanpa menunggu ustaz. Sebenarnya aku tengok lampu jalan tu kejap ada kejap takde. Kadang gelap, kadang terang. No let up. Aku tak fikir lain. Aku nak jalan dulu. Aku pun melangkah dengan ustaz mengekori belakang ku dalam jarak 15 kaki. Sebenarnya aku tak sedar pun ustaz ikut belakang aku. Aku melangkah cepat. Aku nak tengok apa ke bendanya yang diorang nak tengok sangat kat bawah tiang lampu tu, at 3 o’clock in the morning. Dalam jarak 10 kaki nak sampai kat pokok, aku nampak lampu jalan tu malap lagi. Hmmm.
Tiba-tiba aku dengar bunyi bising dari atas pokok. Bunyi seperti berdesit. Desitan yang berulang-ulang, macam orang bersiul dalam nada yang halus. Bunyi seperti sesuatu yang dalam keadaan cemas atau kelam kabut. Dan seperti ada binatang yang bergerak di antara dahan pokok tetapi bukan seperti kera bergerak. Ianya terlalu cepat. Aku terpaku terdiam. Mungkin kera agaknya, kata hati ku. Mata ku masih lagi memerhatikan pokok. Makhluk yang ada di antara dahan-dahan tu semestinya besar atau tangkas. Sebab aku nampak dahah-dahan serentak bergerak, tetapi bukan seperti ditiup angin. Memang ada makhluk yang ada di celah-celah dahan tetapi aku tak dapat mengagak rupanya disebabkan dau-daun terlalu lebat,ibarat kanopi. Tapi aku tak rasa takut atau cemas masa tu. Aku tak nampak rupa makhluk tu dan aku tak tau apa sebab dia jadi kelam-kabut. Semacam ada sekawan burung-burung yang terbang di antara dahan-dahan. Sambil itu bunyi desitan itu makin kelam kabut.Aku tak sedar ustaz di belakang aku.
Tiba-tiba pergerakan di antara dahan pokok terhenti. Kemudian serentak seperti ada tangan yang menguak daun-daun rimbun di atas pokok berhadapana dengan aku. Tepat menghadap aku. Aku mendongak melihat apa yang akan terjadi. Bukaan di antara daun itu sebesar muka orang. Tak semena-mena ada orang atau makhluk yang meludah dari celah lubang. Bagaimana monyet boleh memanjat ke hujung dahan yang kecil yang tidak mungkin dapat menampung berat badannya. Ludahan itu seperti ludah manusia tetapi kelihatan lebih pekat.
Tiba-tiba ustaz dari belakang aku bertanya, ”kau tau apo bondo tu?” Aku kata, ”Monyet kot”. ”Monyet apo”, kata ustaz. Itulah dio nyo bondo yang teghobang tu. Dapek tongkok kau, habis di hisap darah kau”. Rupa-rupanya yang baru buat havoc tadi tu langsuir. Rupa-rupanya langsuir ni suka menyerang tengkok mangsanya. Ustaz pun melangkah terus menuju bawah tiang lampu. Bidin pun mengikut belakang ku. Muka dia nampak gelabah. Aku nak gelak pun kesian. Hehehe. Gelabah biawak tak tentu pasal. Kami sampai kat bawah tiang lampu. Semasa kami sampai lampu tu tiba-tiba padam. Keadaan nampak kelam. Hanya limbasan lampu dari tandas yang menerangi kawasan. Kemudian lampu terang semula. Nasib baik. Aku tak nampak apa yang ada kat depan aku.
Di depan kami sebatang anak sungai yang terdapat batu-batu besar. Di antara batu-batu ini ada satu bahagian sungai yang agak dalam. Ustaz pun menyuruh Bidin mengeluarkan keris yang di bawanya. Bidin pun di suruh masuk ke dalam air dan menenggelamkan dirinya ke belakang. Sambil itu dia memegang keris di dalam sarung. Ada mentera yang dibacanya. Aku berdiri di atas batu sambil memerhatikan Bidin. Sambil tu aku perhati juga hutan sebelah aku. Entah kenapa tangan aku gatal nak main lampu picit. Aku tekan suis dan aku suluh ke dalam hutan. Cahaya dari lampu tu kuat. Aku tak nampak apa. Gelap betul dalam hutan tu. Aku berdiri di atas batu di tengah sungai. Aku perhatikan Bidin sudah habis berendam.
Tiba-tiba ustaz menyuruh kami naik ke tebing sungai segera. ”Dio dah datang, copek naik, copek!”. Aku ingat dia bergurau. Aku perhati keliling tak ada pun nampak apa-apa. Kemudian ustaz berkata dia terbau macam bau ikan masin. Bidin masa tu masih lagi dalam sungai, baru nak naik. Muka dia panik. Aku pun tengok muka dia pucat. Aku pun cepat-cepat melangkah ke tebing mendahului Bidin. Dia tergelincir di tebing sebab tanah licin. Masa tu bukan gelabah biawak lagi. Dah masuk gelabah badak. Selipar dia pulak terputus. Hehehe. Ustaz sudah di depan kami. Laaa. Cepat betul dia melangkah. Kami berdua meninggalkan Bidin di belakang. tercungap-cungap. Sebenarnya aku tak tau kami lari dari apa. Aku mengikut saja. Lagi pun kat bawah lampu tu tadi aku perasan lampu terus padam masa kami naik ke tebing. Pasal tu lah kami kelam kabut. Masa tu suasana semacam sunyi sepi seketika. Hening.
Aku memerhati ke belakang selepas melepasi pokok kat depan pondok. Aku tengok lampu tu masih padam. Bila kami sampai di kereta ustaz beritahu yang kawasan sungai di bawah lampu tu adalah tempat mandi Nenek Kebayan. Tadi yang dia terbau tu mungkin bau Nenek Kebayan yang selalunya datang mandi pada waktu begitu. Tapi kenapa pulak dia bau macam ikan masin. Dia kata kalau berani, masa Nenek Kebayan tu tengah mandi, curi kain selendang dia. Nenek Kebayan tu tak boleh biarkan selindang tu hilang. Kalau hilang dia tak boleh balik ke alam dia. Dan dia akan menunaikan permintaan orang yang memegang selindang dia. Permintaan apa aku tak tanya. Permintaan Terakhir maybe? Hehe.
Tidak ada kekuasaan melainkan Kekuasaan Allah.
Nota : Kejadian ni terjadi di satu tempat rehat di Lebuhraya PLUS yang mempunyai kawasan parking yang besar. Dalam negeri Perak, selepas Ipoh. Direction towards KL. Ada anak sungai di tepi hutan. Berhati-hati singgah di situ selepas 12 tgh malam. Mike

YouTube | Keajaiban Azan
Keajaiban azan yang bermula di barat Pasifik iaitu di Kepulauan Celebes, Indonesia dan berulang-ulang sepanjang masa di serata ceruk bumi yang ada orang Islam.
YouTube link :
YouTube : Keajaiban azan
Thursday, April 17, 2008
Gunung Jerai Atau Alam Lain?
Satu hari, 2 tahun lepas aku telah mengikut seorang sahabat yang aku gelar sebagai “ustaz”. Aku telah mengikut ustaz mendaki Gunung Jerai bersama 4 orang lagi. Kawan ku, Bidin dan isterinya, Huda, Salman, adik Huda dan seorang pembantu ustaz. Kami berenam menaiki kereta ke kaki Gunung Jerai pada satu petang Sabtu. Kami sampai lebih kurang jam 4.30 petang. Cuaca agak panas ketika itu. Awan nampak mendung. Mungkin sudah dekat waktu untuk awan menurunkan hujan. Kami meletakkan kereta di satu kawasan berdekatan pondok tepi jalan. Pondok ini terletak di tepi jalan yang menghala ke puncak gunung. Aku tak tau kenapa ustaz meletakkan keretanya di pertengahan jalan sedangkan puncak gunung jauh lagi. Ketika kami sampai ke pondok berehat hujan mula turun. Hujan turun dengan lebatnya selepas itu..
Ustaz menyuruh kami memakai jaket dan memastikan kami membawa segala keperluan mendaki seperti lampu suluh dan parang atau pisau. Aku bingung sebab ustaz mahu mendaki ke puncak mengikut jalan lain, jalan yang mungkin orang lain tak pernah lalu. Aku bertanya ustaz berapa lama perjalanan mendaki. Ustaz kata dalam 40 minit ke satu jam. Huh. Aku tak ada problem dengan rancangan ustaz. Semua yang lain mengikut saja. Di dalam hujan lebat kami memulakan pendakian. Kami meredah dan melalui hutan kecil dan semak. Aku terasa pelik sebab sepatutnya mendaki maksudnya menghala ke atas bukan ke bawah. Rupa-rupanya ustaz mencari satu tempat di mana pendakian boleh di lakukan dalam masa yang cepat. Di dalam perjalanan kami terserempak dengan seorang lelaki di dalam khemah berlindung dari hujan. Dia menyembunyikan diri bila ternampak kami. Ustaz cuba mengejar lelaki itu tetapi dia sudah hilang di dalam hujan dan hutan. Mungkin pencari hasil-hasil hutan agaknya.
Aku menjangkakan ketika itu kami sudah sampai setengah jarak pendakian. Hujan mula reda. Waktu lebih kurang jam 5.30 petang. Ustaz sentiasa di depan sebab dia seorang saja yang tahu jalannya. Aku kadang-kadang mengikut di belakang ustaz sebab dia suka bercerita mengenai pengalamannya. Ada satu ketika aku terasa mahu buang air kecil. Almaklumlah hari hujan, sejuk, dan sebelum mendaki gunung aku dah minum banyak air sebab cuaca panas. Aku tanya ustaz macamana adab nak bunag air kecil dalam hutan. Dia suruh mintak izin dengan penghuni yang ghaib. Aku sebenarnya tak tau nak cakap macamana. Kalau masuk tandas awam aku tak payah tanya ”Boleh kencing tak kat sini?” pada penjaga tandas. Hehehe. Yang ini pengalaman pertama. Hmm. Aku pun tanpa segan silu bagi ucap salam pada penjaga hutan yang ghaib. Nasib baik tak ada orang yang menyahut salam aku, kalau tak aku tak payah minta izin terus terkencing kat situ jugak. Hehe.
Disebabkan aku menunaikan hajat, aku tertinggal kat belakang. Di depan aku pembantu ustaz, Rahim, berjalan dengan keadaan cepat. Kontor tanah semakin curam. Susah juga nak menapak dalam keadaan tanah licin. Aku mendaki laju dan memotong yang lain untuk mengejar ustaz. Aku ingin mendengar dia berborak. Banyak cerita-cerita pelik. Ustaz pernah beritahu yang dia pernah tinggal di puncak Gunung Jerai selama 3 bulan tanpa turun ke bawah gunung. Aku bertanya macamana dia cari makanan bila dia terasa lapar. Ustaz kata ada orang yang hantar. Aku tanya orang tu hantar tiap-tiap hari ke? Macamana tu, nak mendaki lagi, nak turun lagi? Breakfast? Lunch? Dinner? Mesti orang tu di bayar gaji tinggi. Ustaz kata ”Tak. Ada orang ghaib yang hantar dulang berisi makanan tiap-tiap hari sekali.” Haaah. Aku terdiam. ”Betul ke ni?” Usatz kata dia ada sahabat-sahabat di atas gunung. Amazing. Ustaz kata dia boleh tunjukkan pondok tempat dia tinggal.
Dalam perjalanan aku merasa seram sejuk. Usatz berhenti beberapa kali untuk menunjukkan pokok-pokok hutan yang boleh di buat ubat. Dia berhenti seketika untuk mencabut satu pokok kecil, batangnya sebesar ibu jari orang dewasa. Cara mencabut tongkat ali ialah dengan membelakangkan pokok dan mencabutnya dengan tangan ke belakang. Usatz kata pokok itu dinamakan Tongkat Ali. Usatz kata pokok yang dikatakan ”tongkat ali” di dalam bentuk kopi komersial bukanlah sebenarnya tongkat ali tetapi pokok pasak bumi. Tongkat Ali susah nak dapat, kena masuk jauh ke dalam hutan. Dia meleretkan daun-daun dari dahan pokok dalam genggamannya dan menyuruh aku mengunyah dau-daun tersebut. Pahit yang amat. Tapi aku gagahkan juga. Usatz kata buat ubat, bagi tenaga. Di sebabkan aku rasa macam nak demam aku kunyah walaupun pahit. Beberapa minit selepas itu aku terasa badan aku panas. Satu badan aku rasa panas. Rasa seram sejuk sudah hilang.
Kami sampai di satu kawasan landai, tidak berapa luas, tepinya ialah jurang. Ada satu binaan kayu dari pokok hutan di dirikan di tebing jurang. Usatz kata itulah pondok tempat dia tinggal. Dulu ada bumbung, sekarang dah rosak. Aku perhatikan pemandangan dari pondok itu sungguh mengasyikkan. Dari situ pemandangan tidak ada halangan. Pandangan sejauh mata memandang ke laut. Nyaman. Aku tanya ustaz macamana talam makanan sampai. Dia kata ada tangan ghaib yang menghulurkan talam. Dia menghabiskan masa siang malam di situ. Bila malam dia ada teman. Aku tak tanya teman macamana. Kadang-kadang ada suara orang mengaji di waktu malam. Aku kagum dengan kisah usatz. Pertama kali aku jumpa orang yang boleh tinggal di atas gunung seorang diri, kemudian bersahabat dengan orang gahib.
Kami meneruskan perjalanan. Tak berapa lama kami sampai di satu kawasan yang berkabus. Aku tidak nampak lagi ada kawasan tinggi di atas kami. Mukabumi di depan kami landai. Kabus tipis berada beberapa kaki di atas kepala kami. Usatz kata tempat itulah puncak Gunung Jerai. Aku terfikir, takkan tak ada orang pernah ke situ. Tapi aku perhatikan memang tidak ada kesan orang pernah ke situ selain ustaz. Tidak ada langsung kesan-kesan tinggalan manusia. Memang tidak ada lagi puncak di atas kami. Kami ketika itu memang berada di atas gunung. Kabus betul-betul di atas kepala kami. Titisan air seperti embun menitis ke tanah. Suasana hening. Permukaan tanah di litupi oleh tumbuhan sepeti lumut hijau. Semacam permaidani hijau dibentangkan di atas tanah. Permukaan tanah bersih. Seperti ada orang yang membersihkan kawasan itu. Pokok-pokok di situ semuanya berbatang kecil. Paling besar ukurlilitnya adalah sebesar lengan bayi. Ketinggian pokok-pokok itu tidak melebihi 8 kaki. Mungkin kalau di kaki gunung saiz lebih besar dan tinggi.
Di sebelah kawasan landai ialah sebuah jurang yang dalam. Aku hanya nampak puncak-puncak pokok di bawah. Ustaz menyuruh aku berhati-hati takut terjatuh. Dia kata di dalam jurang tu ada satu perkampungan jin kafir yang jahat. Tiga tahun sebelum itu ada seorang anggota tentera yang tersesat masuk ke dalam kawasan jurang itu. Selepas 8 bulan baru dia dapat keluar, itu pun dalam keadaan bingung. Kami menghabiskan masa lebih kurang 20 minit di situ, sambil melihat pemandangan. Usatz pula sibuk mencari tumbuh-tumbuhan untuk di bawa pulang. Nak dijadikan ubat, katanya. Kemudian kami meneruskan perjalanan turun. Dalam melangkah aku terdengar suara burung bersahut-sahutan. Aku cuba mengamati bunyi tersebut. Aku tak dapat mengecam suara burung apakah itu. Ustaz tanya adakah aku tahu bunyi suara burung apakah itu. Aku kata tak tau. Dia kata itulah suara burung cenderawasih. Burung cenderawasih tak cecah bumi. Spesis burung ini tinggal di atas awan, bertelur di atas awan dan seluruh hidup di habiskan di atas awan. Bila mati barulah mereka jatuh ke bumi. Hmmm. Menarik.
Waktu sudah menunjukkan jam 6 petang. Suasana di atas gunung makin gelap. Usatz kata kami kena turun waktu itu juga, bimbang tak jumpa jalan keluar. Dia bagi amaran supaya jangan menyalakan lampu kalau gelap. Bimbang ada makhluk penghuni hutan yang marah. Dia juga beritahu jika ingin memanggil kawan jangan panggil nama, cukup dengan laungan ”hoi”. Dia kata dalam hutan ni macam-macam jenis makhluk ada, ada yang baik dan yang jahat. Masa turun lebih susah dari mendaki. Kami turun ikut jalan lain. Ada beberapa kali kami tak nampak kelibat ustaz. Dia jauh di depan. Ada sekali aku terpetik suis lampu picit. Bidin menegur ku. Cepat-cepat aku padamkan. Setelah berjalan selama 40 minit kami sampai di jalan bertar. Kami sampai di jalan yang menghala ke puncak gunung. Setelah beberapa minit kami sampai di pondok tempat meletak kereta.
Semasa kami berehat di pondok untuk mengeringkan pakaian, aku bertanya ustaz macamana kami boleh sampai di puncak gunung dalam masa sekejap, sedangkan kalau berjalan kaki ikut jalan biasa mungkin 2 jam baru sampai. Dia kata dia telah meminta tolong sahabatnya untuk menunjukkan jalan singkat dan selamat. Aku terfikir, betul ke aku dah sampai ke puncak Gunung Jerai yang orang selalu sampai? Atau aku dah masuk ke satu alam lain? Tapi semasa di atas gunung aku tak nampak ada puncak lain di sekeliling ku. Kami telah sampai di satu kawasan landai yang unik dengan dihampari permaidani lumut hijau. Pemandangan yang damai dan hening. Bunyi burung di celah awan. Titisan air dari kabus yang seakan sentiasa dalam keadaan menitiskan air.
Apabila kami sampai ke bilik hotel di Alor Star aku merasa sangat letih. Kesan daun tongkat ali sudah berkurang. Aku merasa letih dan tertidur atas katil. Semua yang lain keluar ke lobby hotel. Aku ingin berehat sebentar, kata ku. Selang beberapa lama aku tertidur, usatz masuk ke bilik kerana ingin menunaikan solat isyak. Aku masih lagi berselimut atas katil. Selesai ustaz solat, dia pun meninggalkan aku seorang di bilik. Kemudian Bidin masuk dan megajak aku makan. Aku pun mandi dan bersiap. Habis makan malam Bidin mengajak aku keluar dengan keluarganya untuk bersiar-siar di bandar. Aku mengelak dengan alasan aku ingin tidur kerana keletihan. Jadi, aku pun masuk ke bilik. Ustaz ada di dalam bilik sedang berborak dengan Rahim. Mereka berdua pun keletihan. Masing-masing pun memilih tempat masing-masing. Ustaz memilih tidur di atas karpet, sementara Rahim pun memilih tidur di sebelah ustaz. Aku pun tanpa banyak soal terus tidur atas katil.
Keesokan harinya, aku bersarapan pagi dengan semua orang di coffee house. Sambil makan sambil berborak. Kami berborak pasal pengalaman mendaki Gunung Jerai. Kemudian ustaz beritahu aku dia nampak ada seorang lelaki tua berjubah dan berserban sedang berdiri di depan katil dan menghadap aku yang sedang tidur. Masa itulah ustaz masuk untuk solat isyak. Apabila ustaz masuk lelaki itu terus hilang dai pandangan. Aku terdiam. Patutlah aku rasa macam ada orang bersama aku di dalam bilik masa tu. Patutlah ustaz dan Rahim tak mahu tidur di atas katil. Mungkin salah seorang dari makhluk ghaib di atas Gunung Jerai telah mengikut aku turun sampai ke dalam hotel. Dari pengalaman aku selepas itu, aku diberitahu ada seorang bangsa jin selalu mendekati ku dan ingin menjadi sahabat ku. Tetapi nasib baik aku ada seorang kawan yang berjaya menghalang niat makhluk itu. Tetapi aku tak dapat menceritakan buat masa ini, mungkin di lain kali.

Rumah Rehat Pantai Morib
Aku banyak mendengar kisah-kisah tentang langsuyar, langsuir atau pontianak. Ada macam-macam versi tentang makhluk yang satu ini. Kalau mengikut pengamal ilmu mistik, makhluk ini adalah satu makhluk bangsa jin yang kerjanya memang mengggangu anak cucu manusia. Mereka ini menjelma dalam bentuk huduh, ada yang berkata berambut panjang mencecah tumit, berbaju labuh dan suka terbang. Langsuir juga dikatakan berkuku panjang. Ada yang berkata langsuir di dalam hutan suka mengacau manusia dan kalau nasib tak baik akan dimakan oleh langsuir. Rasulullah juga berkata di dalam hadis ada satu kelompok dari bangsa jin yang suka memakan daging manusia dan mereka-mereka ini tinggal jauh di dalam hutan tebal dan suka menghuni kawasan lembah.
Aku mempunyai pengalaman ku sendiri dengan makhluk ini, di mana aku telah dikacau oleh satu kuasa ghaib yang aku sendiri tak nampak kelibatnya.
Kisah aku berlaku ketika aku masih lagi menuntut di satu pusat pengajian tinggi tempatan. Salah satu keperluan kursus yang aku ikuti memerlukan pelajar membuat kerja lapangan (praktikal) di tempat-tempat yang ditentukan. Aku telah ditempatkan di satu jabatan kerajaan negeri Selangor di dalam bahagian pelancongan. Suatu hari aku di tugaskan oleh penyelia aku untuk membuat kajiselidik tentang tempat-tempat tarikan pelancong di negeri Selangor. Ada banyak tempat yang aku dan teman ku pergi untk membuat kajian. Kami hanya berdua. Dalam membuat kajiselidik tersebut kami tidak menginap di mana-mana. Habis kerja kami balik semula ke kampus. Tetapi pada suatu hari kami diminta pergi ke Morib.
Kami sampai di Morib waktu petang. Kami terus menuju ke rumah rehat di tepi pantai. Oleh kerana kami membuat tugasan untuk kerajaan negeri, kami dapat penginapan percuma di rumah rehat tersebut. Rumah rehat tersebut agak jauh dari rumah-rumah kampung yang berdekatan. Jarak 50 meter dari tempat kami menginap ada sebuah rumah rehat kepunyaan sebuah syarikat. Lebih kurang 250 meter dari rumah rehat kami di sebelah selatan pantai Morib ada istana rehat Sultan Selangor. Kedua-dua bangunan ini jarang berpenghuni. Kebetulan hari itu Jumaat. Tidak ramai pengunjung petang itu.
Di belakang rumah rehat kami ada sebuah zoo mini yang di huni seekor harimau belang, seekor helang dan beberapa jenis burung dan binatang. Helang tersebut di letak di dalam pondok yang di tutup dengan jaring. Rumah rehat tersebut dipagari oleh pagar dawai yang tinggi, lebih dari 8 kaki. Setiap bilik seperti sebuah rumah kecil yang disambungkan dengan ruang berbumbung yang berdinding papan. Stail rumah lewat tahun 50an. Setiap bilik mempunyai bilik air. Ada 10 buah bilik yang tidak berkongsi dinding dengan bahagian utama. Tiga bahagian yang menghadap utara, selatan dan barat. Bahagian timur bangunan menghadap zoo mini. Ada satu pintu di bahagian barat yang menghadap pantai. Pantai lebih kurang 20 meter dari bilik aku menginap.
Lebih kurang jam 6 petang penjaga rumah rehat tersebut, seorang lelaki Melayu pertengahan umur, muncul. Dia tinggal di kampung berdekatan kira-kira 1 batu dari Pantai Morib. Rumah kampung yang paling hampir terletak lebih kurang 300 meter dari rumah rehat di sisi jalan besar menuju ke rumah rehat.
Aku dan Acis, berlegar-legar di ruang tamu rumah rehat. Kami menikmati makan malam yang disediakan penjaga rumah. Tak lama kemudian, waktu maghrib, masuk seorang lelaki Melayu dan bertanya jika ada bilik kosong. Penjaga memberitahu yang dia boleh tinggal di bilik bersebelahan bilik kami. Aku merasa lega ada orang lain yang akan tinggal bersama kami di situ, kawasan tersebut sunyi. Tak ramai ada orang yang tinggal berdekatan. Di ruang tamu ada telefon awam. Entah kenapa Acis terasa ingin menalipon ayahnya. Selesai dia menalipon, dia beritahu aku yang dia terpaksa balik ke Shah Alam sebab ayahnya nak pakai kereta keesokan harinya. Kereta yang lagi satu kena hantar bengkel. !!!! Aku terdiam seketika. Acis kata jangan bimbang, dia akan datang balik keesokan harinya. Jangan bimbang?? Aku tak ada pilihan. Keluarga punya pasal. Takpe, at least aku ada teman. Penjaga rumah rehat dan lelaki seorang lagi. Selepas Acis berangkat pulang, aku berborak dengan lelaki dari Kelang dan penjaga rumah rehat. Lebih kurang jam 10 malam, lelaki dari Kelang menalipon rumahnya. Dia mendapat berita kecemasan. Salah seorang anaknya sakit dan memerlukan perhatiannya. Dia memutuskan untuk pulang ke Kelang dan melupakan hasratnya menginap di situ. Selepas dia pulang aku tinggal berdua dengan lelaki penjaga rumah rehat. Tiba-tiba dia berkata yang dia terpaksa pulang ke rumahnya. Dia hendak balik sebelum jam 12. Dia beritahu yang dia akan menutup pintu pagar dan menguncinya untuk keselamatan.
Aku terpinga-pinga. Aku tak percaya kata-kata yang aku dengar. Aku menyedari yang aku akan tinggal keseorangan di rumah rehat malam itu. Hah. Rumah yang berdekatan dalam jarak 300 meter. Kalau aku menjerit sekuat hati pun takde orang dengar. Hahaha.(I got screwed by Mr Murphy, with his unexplainable Law). Aku teguhkan hati dan menelan perasaan bimbang ku. Aku terfikir apa nak buat, tinggal sorang. Aku terfikir Acis ada tinggalkan radio kecil dia dalam bilik. Kemudian aku ada bawa buku. Orait. Boleh lapangkan masa sebelum tidur. Satu rancangan yang baik. Hahaha. And so I thought..
Selapas penjaga rumah rehat pulang, aku masuk ke bilik. Aku memainkan kaset. Suara nyanyian memenuhi ruang bilik. Aku mencapai buku dan membaca. Bunyi ombak menghempas benteng simen di tepi pantai jelas kedengaran. Lebih kurang jam 2 pagi aku rasa mengantuk. Tetapi ku biarkan lampu bilik air terpasang. Radio ku tutupkan. Hanya bunyi desiran ombak dan limbasan dahan-dahan pokok rhu di luar pagar yang kedengaran. Bunyi ”huuuu” yang berpanjangan. Angin kuat menimbulkan bunyi berbagai-bagai. Tapi aku tak ada terasa takut. Aku tak terfikir yang bukan-bukan.
Aku hanya dapat melelapkan mata selama 15 minit. Aku terjaga. Ada kedengaran suara seperti orang menjerit yang panjang di belakang bangunan. Aku terfikir mungkin suara burung helang di mini zoo yang ku dengar tadi. Tapi waktu dah lewat pagi. Apa yang dijeritkannya. Aku tak menghiraukan sangat suara itu, aku fikir burung helang tu mungkin lapar atau memang tabiat dia menjerit di waktu-waktu selepas tengah malam. Aku kembali melelapkan mata.
Tak sampai seminit kepala aku atas bantal, suara itu kedengaran lagi. Tetapi kali ini suara itu bukan lagi kedengaran di belakang bangunan tetapi di atas bangunan. Di samping bunyi ombak, angin dan dahan-dahan bergeser suara itu jelas kedengaran. Ianya seperti berlegar-legar di atas bumbung rumah rehat, tepatnya di atas bumbung bilik ku. Suara itu makin jelas kedengaran sepeti melayang-layang di atas bumbung bilik. Suara yang menjerit berterusan.
Tiba-tiba seperti ada sesuatu yang menggaru dinding bilik menghadap selatan, dinding sebelah katil. Aku terasa semacam. Aku cuba berfikir. Setahu aku pintu pagar sudah di tutup dan tak mungkin ada binatang atau manusia boleh masuk ke kawasan rumah rehat. Bunyi di dinding seperti ada binatang yang mencakar dinding dengan kuku. Aku amati betul-betul bunyi tersebut. Aku masih terfikir mungkin dahan-dahan pokok rhu di depan bilik yang menyentuh dinding. Tapi, tak ada pokok rhu di dalam kawasan rumah rehat dan dahan rhu pendek. Aku masih lagi tidak rasa panik.
Tiba-tiba lampu bilik air menjadi malap. Seperti ada yang menggoyangkan mentol lampu. Aku terpaku memandang lampu. Kejap ada kejap takde. Aku harapkan itu hanya sebab angin kuat yang bertiup. Mata ku tak lepas dari merenung ke arah lampu. Sambil itu, cakaran didinding makin rancak. Seperti ada orang di luar yang menggaru dinding. Aku perhatikan tingkap bertutup rapat. Lega. Tiba-tiba lampu bilik air terus malap. Seluruh bilik gelap.. Cahaya lampu dari luar pun malap. Cakaran di dinding makin kuat. Angin di luar pula seperti menggila. Bunyi ”huuuuu” semakin kuat. Aku cuba mengawal perasaan ku.
Kemudian aku teringat pesanan ayah ku apabila menghadapi keadaan cemas. Laungkan azan. Tanpa berlengah lagi aku melaungkan azan antara dengar dan tidak. Masa itu perasaan ku bercelaru. Aku dapat rasa bulu tengkuk ku meremang dan darah ku menyirap. Aku teruskan laungan azan sambil memerhati mentol lampu. Setelah selesai azan, lampu bilik air kembali terang dan menerangi bilik. Bunyi cakaran pun berhenti. Angin pun tidak bertiup kencang lagi. Suara nyaring tidak kedengaran lagi. Segalanya senyap. Hening seketika. 10 minit aku terbaring sambil mata ku masih merenung lampu. Aku mahu pastikan lampu tidak padam lagi.
Angin sudah reda seperti ada kuasa yang menenangkannya. Aku bangun memetik suis lampu bilik. Bilik ku terang benderang. Aku bangun ke arah bilik air untuk memeriksa keadaan mentol lampu. Nampak ok. Tak ada wayar yang tertanggal. Hmm. Seketika kemudian aku mendengar bunyi enjin kereta meghala ke arah pantai. Kedengaran seperti suara bercakap di dalam radio. Aku membuka sedikit kaca tingkap untuk melihat ke luar.Aku perhati ada kereta peronda polis lalu membuat rondaan. Aku lega bila mendengar bunyi enjin kereta. Sekurang-kurangnya ada manusia yang berdekatan. Lebih kurang jam 4 pagi aku dapat melelapkan mata dan tidur nyenyak.
Pukul 9 pagi sudah ada pengunjung di pantai. Aku membuka pintu bilik dan keluar ke arah dinding bilik. Aku perhatikan tak ada kesan-kesan cakaran di dinding. Aku perhatikan pokok rhu di depan bilik. Mustahil dahan pokok rhu boleh mencapai dinding, ia perlu rebah untuk cecah dinding bilik. Aku terfikir apakah bendanya yang terjadi malam tadi. Segala persoalan itu masih tak terjawab. Di antara deruan angin, bunyi dahan bergeser, hempasan ombak dan bunyi nyaring itu, aku terperangkap di dalam satu keadaan yang cemas. Aku terfikir apa akan terjadi kalau aku tidak melaungkan azan. Mungkinkah aku jatuh pengsan atau kemungkinan besar aku terus tidur tanpa mempedulikan bilik yang gelap dan berbagai-bagai bunyi pelik di luar bilik?
Nota : Ini kisah benar yang terjadi kat aku pada lewat 80an ketika menuntut di ITM. Nama telah di ubah untuk melindungi mereka-mereka yang terlibat dari gangguan seterusnya. Hehehe. Mike

Lembaga Berambut Panjang Atas Sofa
Pengalamanan visual pertama ku megenai alam ghaib ialah ketika aku masih belajar. Kejadian berlaku ketika ibubapa ku tiada di rumah kerana menunaikan haji di Mekah. Ketika itu usia ku lewat belasan tahun. Aku sedang menghabiskan cuti semester. Waktu ketika itu menjangkau jam 12 malam. Yang ada di rumah ketika itu hanyalah kakak ku dan seorang anak saudara perempuan. Aku menghabiskan masa di dalam bilik berdekatan dapur. Ruang tamu dipisahkan oleh dinding dan ada bukaan sebesar pintu yang menghubungkan dapur dan ruang tamu. Set tv di ruang tamu. Dua bilik bersebelahan ruang tamu. Tepat jam 12 aku tidak mendengar siaran tv di ruang tamu lagi. Aku keluar dan menuju ke ruang tamu. Kakak ku hendak masuk tidur. Dia memberitahu yang esok dia hendak pergi kerja, kena tidur awal. Anak saudara ku juga masuk tidur kerana perlu pergi ke sekolah keesokan harinya. Lampu ruang tamu di matikan. Hanya cahaya samar-samar dari lampu jalan di luar rumah menerangi ruang tamu..
Setelah aku pastikan semua orang masuk tidur, aku pergi ke pintu kaca di depan untuk memastikan ia berkunci. Apabila semua dipastikan selamat aku menuju ke bilik ku. Aku belum lagi rasa mengantuk. Suasana sejuk di luar. Tiba-tiba aku rasa ingin membuang air kecil. Aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik air bersebelahan dapur. Apabila selesai menunaikan hajat, aku menghala ke arah bilik ku dan menjenguk ke dalam ruang tamu melalui langsir. Aku ternampak sesusuk tubuh perempuan sedang duduk bertinggung di atas sofa, sisi tubuhnya menghadap ku. Jarak aku dan sofa lebih kurang 20 kaki. Dalam kesamaran itu, aku tak dapat melihat dengan jelas siapa empunya susuk tubuh itu. Rambutnya panjang dan seakan memakai pakaian yang labuh. Aku amati perempuan tersebut seperti menonton tv, tetapi tv sudah di matikan. Dia seperti dalam keadaan termangu. Rambutnya kelihatan bergerak-gerak di tiup angin. Aku amati betul-betul, pintu sudah ditutup rapat, mana datang angin? Langsir pintu pun dalam keadaan statik.
Aku terfikir mungkin anak saudara ku yang duduk di situ. Rambutnya pun panjang, paras bahu. Tetapi kenapa di dalam gelap. Selepas seketika, aku berkata pada diri ku, ”Ah, mungkin dia belum rasa mengantuk dan ingin duduk di atas sofa sebentar.” Tetapi kenapa di dalam gelap dan kenapa tidak di dalam bilik. Aku tidak memikirkan sangat kepelikan keadaan ketika itu. Aku masuk tidur.
Esoknya selepas kakak ku balik dari sekolah, aku bertanya kakak ku apa yang dia buat atas sofa malam tadi sambil duduk bertinggung. Dia kata dia tidak keluar bilik selepas masuk tidur. Dia bertanya kenapa aku bertanya soalan macam tu. Aku cakap tak ada apa. Hanya aku nampak susuk tubuh perempuan atas sofa. Kakak ku terdiam.
Apabila anak saudara ku balik dari sekolah, aku lihat rambut dia bukan terjurai memanjang seperti perempuan atas sofa. Aku tanya dia apa dia buat atas sofa sambil merenung tv dalam gelap. Dia berkata dia tak keluar selepas masuk tidur. Aku terpinga-pinga. Aku tanya dia apa pakaian yang dipakai malam tadi. Dia kata pakai seluar panjang dan t shirt. ???Aku malas berfikir bukan-bukan dan melupakan sahaja perkara tersebut.
Apabila ibubapa ku kembali dari Mekah, aku bercerita dengan ayah ku pengalaman ku terlihat perempuan atas sofa. Ayah ku beritahu yang kawasan tapak rumah yang kami duduki dahulunya adalah tempat pertemuan dua sungai kecil. Salah satu sungai tersebut telah di kambus dan menjadi tapak rumah kami. Ayah ku kata yang makhluk halus suka berkeliaran di kawasan pertemuan dua sungai atau kawasan simpang jalan. Dan sebatang pokok jambu batu di belakang dapur menjadi tempat makhluk-makhluk ini bertenggek. Setelah mendengar penjelasan ayah ku baru aku faham mengenai pengalaman ku. Mungkin salah seorang dari makhluk tersebut ingin berehat atas sofa agaknya. Letih terbang. Nak rasa sofa empuk.

Subscribe to:
Posts (Atom)